Mufasir Online

Mufasir Online; wadah untuk muhasabah diri supaya terjaga dari lamunan dan buaian mimpi dalam jaga.

Waktu Malaysia
Maksud Firman Allah s.w.t
"Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain." (Al An'am, 153)
Maksud An-Nisa':58
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Hadith Nabi s.a.w
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang membanyakkan istighfar, Allah menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahan, dan kelapangan bagi setiap kesempitan. Allah menganugerahi rezeki kepadanya menerusi jalan atau cara yang tidak diperkirakan atau tidak terfikir sama sekali."
Waktu Solat Setempat

Tunaikan Solat Bila Masuk Waktunya

Peringatan Kepada Muslimin dan Muslimah
Satu Propaganda Kristian Telah Disebarluaskan Melalui Iklan Google menggunakan URL www.rakansiswa.com: Berikut antara iklannya ;
  • Bagaimana Harus Berdoa? Apa doa yang Tuhan Jawab?Bagaimana Supaya Dia Mendengar? Rakansiswa.com
  • “Saya Benci Hidupku” Rencana yang memberi anda jalan Menjadi diri anda sebenar. Rakansiswa.com
  • Ini Kehidupan Sebenar? Bagaimana Tuhan penuhi hidup, penerimaan & tujuan dalam hidup rakansiswa.com
  • PERINGATAN SEKALI LAGI: Iklan di atas adalah Propaganda Kristian!
  • Sabtu, 29 Disember 2007
    Muhasabah Diri
    Pada usia melewati 40an ini rasanya sudah sampai ke satu titik tolak untuk menghisab dan memuhasabah diri, sejauh mana perginya diri ini dalam tempoh usia yang telah dipinjamkan itu?

    Adakah ...
    Sudah selamat?
    Sudah berada dizon selesa?
    Sudah kecukupan?

    Bagaimana...
    Dengan amal?
    Dengan dosa/pahala?
    Dengan janji dan amanah?
    Dengan tanggungjawab yang dipikul?

    ...ah

    Dengan dunia?
    Dengan ...kematian?


    Sudahkah...
    Bersedia?
    Cukup bekalan?
    Bertambahkah iman di dada?


    Ataukah...
    Sama sahaja?
    Makin menurun?
    Tidak bertambah?

    Lalu...
    Bersediakah...?
    Atau terus leka?

    Jadi...
    Apa tindakan?
    Apa keazaman?
    Apa tujuan sebenar?


    Yang pasti...
    Kematian pasti tiba.
    Kematian semakin hampir.
    Kematian satu janji pasti.
    Kematian hanya sekali.
    Dan peluang hidup di dunia juga hanya sekali.
    Tiada gear gostan.
    Tiada ulangan.

    Dan...sedarlah bahawa;
    Dunia tempat berusaha.
    Akhirat dan kematian hanya tempat pembalasan.
    Maka semestinya di dunia sementara ada kesempatan inilah tempat bercucuk tanam segala amalan.

    Ramai orang yang tidak takut mati.
    Tetapi sebenarnya "sebuah Kematian" amat menakutkan...

    Muhasabah Diri

    Label:

    posted by Mufasir @ 5:08 PG  
    0 Comments:
    Catat Ulasan
    << Home
     
    Previous Post
    Archives
    Links
    Salam Sejahtera