Mufasir Online

Mufasir Online; wadah untuk muhasabah diri supaya terjaga dari lamunan dan buaian mimpi dalam jaga.

Waktu Malaysia
Maksud Firman Allah s.w.t
"Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain." (Al An'am, 153)
Maksud An-Nisa':58
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Hadith Nabi s.a.w
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang membanyakkan istighfar, Allah menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahan, dan kelapangan bagi setiap kesempitan. Allah menganugerahi rezeki kepadanya menerusi jalan atau cara yang tidak diperkirakan atau tidak terfikir sama sekali."
Waktu Solat Setempat

Tunaikan Solat Bila Masuk Waktunya

Peringatan Kepada Muslimin dan Muslimah
Satu Propaganda Kristian Telah Disebarluaskan Melalui Iklan Google menggunakan URL www.rakansiswa.com: Berikut antara iklannya ;
  • Bagaimana Harus Berdoa? Apa doa yang Tuhan Jawab?Bagaimana Supaya Dia Mendengar? Rakansiswa.com
  • “Saya Benci Hidupku” Rencana yang memberi anda jalan Menjadi diri anda sebenar. Rakansiswa.com
  • Ini Kehidupan Sebenar? Bagaimana Tuhan penuhi hidup, penerimaan & tujuan dalam hidup rakansiswa.com
  • PERINGATAN SEKALI LAGI: Iklan di atas adalah Propaganda Kristian!
  • Ahad, 30 Disember 2007
    Perbezaan antara manusia,syaitan,jin dan malaikat.
    Perbezaan antara manusia,syaitan,jin dan malaikat.

    Manusia:

    • Manusia diciptakan dari tanah (atturab) iaitu menurut keasliannya, yakni Nabi Adam as.
    • Manusia ada golongan yang taat dan ada pula yang derhaka terhadap Allah SWT, sehingga ada yang masuk syurga dan ada pula yang masuk neraka.
    • Manusia ada yang lelaki dan ada pula yang perempuan.Dengan keadaan ini jumlah manusia dapat bertambah-tambah melalui perhubungan perkahwinan.
    • Manusia adalah makhluk yang perlukan makanan, minuman dan tempat tinggal.
    • Manusia dapat mati sebelum datangnya hari kiamat, sehingga jumlah boleh berkurangan akibat kematian tersebut.
    • Manusia mempunyai tubuh badan yang kasar; boleh dilihat dan dipegang ( dirasa dengan pancaindera).

    Hakikat Syaitan:

    • Syaitan diciptakan daripada api (nahar).
    • Semuanya derhaka kepada Allah SWT, oleh sebab itu seluruh kaum kerabat syaitan akan dimasukkakn ke dalam neraka jahanam.
    • Ada yang lelaki dan ada yang perempuan sehingga jumlahnya bertambah-tambah.
    • Suka terhadap makanan dan minuman, tetapi jikalau tidak makan dan tidak minum juga tidak mempengaruhi apa-apa; ertinya ia tetap akan hidup.
    • Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat, ertinya jumlah syaitan tidak akan berkurangan.
    • Syaitan bertubuh halus, tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

    Hakikat Jin:

    • Jin juga dicipta daripada api (nahar).
    • Jin ada yang taat dan ada yang derhaka kepada Allah SWT, jadi ada yang masuk syurga dan ada yang masuk nereka.
    • Jin juga terdiri daripada lelaki dan perempuan, sehingga jumlah mereka boleh bertambah-tambah.
    • Jin juga memerlukan makanan dan minuman.
    • Dapat mati sebelum kedatangan hari kiamat dan dengan demikian jumlah mereka boleh berkurangan.
    • Jin tergolong makhluk bertubuh halus, ertinya tiada dapat dilihat dengan mata kasar.

    Hakikat Malaikat:

    • Malaikat diciptakan daripada cahaya (annur).
    • Malaikat tergolong makhluk semuanya taat dan berbakti kepada Allah SWT.
    • Tidak lelaki dan tidak pula perempuan, maka jumlahnya tidak dapat bertambah-tambah.
    • Tidak memerlukan makanan dan minuman.
    • Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat, maka jumlahnya tidak akan berkurangan.
    • Malaikat sejenis makhluk Allah yang bertubuh halus.
    • Malaikat mempunyai tugas dan tanggung jawab berbeza-beza.

    Label:

    posted by Mufasir @ 5:01 PG  
    0 Comments:
    Catat Ulasan
    << Home
     
    Previous Post
    Archives
    Links
    Salam Sejahtera