16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram.
- Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram - Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali ( Apabila sampai bacaan kita pada ayat "Iyya kanak budu" kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita, terutamanya untuk anak-anak.Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diminum.
- Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua') dan 10 Muharram (Asyura).Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
- Menyepu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan - Allah anak mengangkat darjat kita.
- Memberi makan kepada orang yang berpuasa - Pahala adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
- Mandi Sunat - Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit / jauhkan dari penyakit.
- Menziarah rumah orang alim.
- Menziarah orang sakit - Sama seperti kita menziarah seluruh anak Adam.
- Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa / Meluaskan nafkah keluarga.
- Bercelak mata - Boleh menghindarkan sakit mata.
- Menziarah kaum keluarga.
- Memotong kuku.
- Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
- Sembahyang sunat 4 rakaat - 2 salam (2 rakaat x 2). Niat - Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala). Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.
- Banyakkan bersedekah . Allah akan beri balasan 700 kalim ganda semasa di dalam syurga.
- Beri makan / pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
- Berzikir (Hasbi Allah Wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 keping.
Label: Amalan Sunat 10 Muharram |