"Keadilan Tuhan (Allah) tidak sama dengan keadilan manusia."
Konsep keadilan pada Allah bertentangan dengan konsep keadilan pada manusia. Adil Tuhan pada seseorang manusia, tidak sama rata. Sedangkan adil manusia sesama manusia mesti sama rata, baru dikatakan adil. Sekiranya seseorang itu mahu berlaku adil, maka ia perlu mampu melakukan kesamarataan atau keseimbangan, barulah dikatakan ianya adil.
Dalam konsep keadilan manusia, sekiranya kesamarataan atau keseimbangan tidak berlaku, maka akan berlakulah pergeseran, pergaduhan, perebutan, semata-mata untuk menuntut kesamarataan. Maksudnya, sekiranya kita membahagi-bahagi makanan kepada 3 orang sahabat atau anak kita, sekiranya limau yang kita beri, maka limau itu mesti dalam jumlah yang sama, sama berat, sama besar, sama segar, kalau boleh sama rasa!, barulah semua yang menerima buah limau tadi berpuas hati.
Dalam konsep keadilan Tuhan pula, adilNya Tuhan kepada sekian makhluk termasuk kita manusia ialah dikurniakan kejadian yang berbeza-beza. Beza bangsa, beza kaum, beza agama, beza warna kulit, beza tempat tinggal, beza kedudukan dan pangkat, beza darjat, dan segalanya berbeza, tidak ada satu pun yang sama ( mungkin ada serupa, tapi tetap tidak sama). Itulah adil Tuhan. Cuba kita bayangkan bagaimana sekiranya adil Tuhan itu menjadikan kita semua serupa? Tidakkah huru-hara hidup kita? Itulah hikmah adilNya Tuhan menjadikan kita berbeza antara satu sama lain.
Maka kalau kita menyedari hakikat ini, kita tidak akan menjadi manusia yang kecewa, tidak akan menjadi manusia kufur. Kita akan sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan. AdilNya Tuhan kepada kita mungkin hidup sederhana, adilNya Tuhan kepada Ali mungkin dikurniakan hidup kaya raya, adilNya Tuhan kepada Mamat mungkin terpaksa sakit yang sukar diubat. Jadi tidak ada sebab kenapa kita mesti menyoal kenapa aku tidak kaya macam sipolan, kenapa aku sakit tidak sihat seperti sipolan, kenapa aku gagal tidak berjaya seperti sipolan dan sebagainya.
Tuhan mengurniakan keadilan yang berbeza antara setiap makhlukNya termasuk manusia supaya mereka boleh saling bergantung hidup antara satu sama lain. Ada rantaian hubungan antara setiap makhluk, supaya kehidupan boleh berterusan. Itulah hukumNya. Maka jika kita sentiasa menagih kesamarataan, sebenarnya kita mengkakis rantaian hubungan yang diciptaNya. Maka akibatnya kita yang akan merasa...
Kita dijadikan di muka bumi ini dengan menggalas dua tanggungjawab; sebagai khalifah sebagai hambaNya 1 Muharam 1428 Bersamaan 20 Januari 2007
YaeiOnline.
Label: Konsep Adil |