Mufasir Online

Mufasir Online; wadah untuk muhasabah diri supaya terjaga dari lamunan dan buaian mimpi dalam jaga.

Waktu Malaysia
Maksud Firman Allah s.w.t
"Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain." (Al An'am, 153)
Maksud An-Nisa':58
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Hadith Nabi s.a.w
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang membanyakkan istighfar, Allah menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahan, dan kelapangan bagi setiap kesempitan. Allah menganugerahi rezeki kepadanya menerusi jalan atau cara yang tidak diperkirakan atau tidak terfikir sama sekali."
Waktu Solat Setempat

Tunaikan Solat Bila Masuk Waktunya

Peringatan Kepada Muslimin dan Muslimah
Satu Propaganda Kristian Telah Disebarluaskan Melalui Iklan Google menggunakan URL www.rakansiswa.com: Berikut antara iklannya ;
  • Bagaimana Harus Berdoa? Apa doa yang Tuhan Jawab?Bagaimana Supaya Dia Mendengar? Rakansiswa.com
  • “Saya Benci Hidupku” Rencana yang memberi anda jalan Menjadi diri anda sebenar. Rakansiswa.com
  • Ini Kehidupan Sebenar? Bagaimana Tuhan penuhi hidup, penerimaan & tujuan dalam hidup rakansiswa.com
  • PERINGATAN SEKALI LAGI: Iklan di atas adalah Propaganda Kristian!
  • Ahad, 3 Februari 2008
    Jadilah Ulul Albab, Bukan Pemilik Fikiran Lembap
    Ulul Albab; Perkataan 'Ulul Albab' di sebut dalam al-Quran sebanyak 16 kali.Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhannya bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kemahaman yang mayang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat.Kemuncaknya mereka akan menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Apabila kita menyebut tentang pemikiran yang matang dan berkemampuan membuat penilaian yang betul bukanlah semestinya bermaksud pemikiran mereka yang berkelulusan pusat pengajian tinggi.

    Walaupun itu satu langkah untuk mematangkan pemikiran, namun entah berapa ramai yang berkelulusan tinggi tetapi berakal dangkal.Maka,membina golongan Ulul Albab bukan sekadar membanyakkan universiti atau pondok, atau penghafal buku dan matan tanpa kematangan fikiran. Sebaliknya adalah dengan mewujudkan persekitaran negara dan masyarakat, dasar dan falsafah yang membina akal yang matang sehingga da[pat membezakan antara yang benar dan yang salah, antara yang buruk dan yang baik, antara yang berfaedah dan yang sia-sia dan seterusnya.

    Lihatlah Allah sifatkan golongan Ulul Albab ini; (maksudnya): Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu.(Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang disampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab. (al-Zumar: 17-18)


    Dapatkan petikan penuh oleh Dr.Mohd. Asri Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

    Label:

    posted by Mufasir @ 5:14 PG  
    0 Comments:
    Catat Ulasan
    << Home
     
    Previous Post
    Archives
    Links
    Salam Sejahtera