| Waktu Malaysia |
| |
| Maksud Firman Allah s.w.t |
| "Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain." (Al An'am, 153) |
| Maksud An-Nisa':58 |
| "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." |
| Hadith Nabi s.a.w |
| Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang membanyakkan istighfar, Allah menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahan, dan kelapangan bagi setiap kesempitan. Allah menganugerahi rezeki kepadanya menerusi jalan atau cara yang tidak diperkirakan atau tidak terfikir sama sekali." |
| Waktu Solat Setempat |
| Tunaikan Solat Bila Masuk Waktunya |
|
|
|
| Peringatan Kepada Muslimin dan Muslimah |
| Satu Propaganda Kristian Telah Disebarluaskan Melalui Iklan Google menggunakan URL www.rakansiswa.com: Berikut antara iklannya ;
Bagaimana Harus Berdoa?
Apa doa yang Tuhan Jawab?Bagaimana
Supaya Dia Mendengar?
Rakansiswa.com
“Saya Benci Hidupku”
Rencana yang memberi anda jalan
Menjadi diri anda sebenar.
Rakansiswa.com
Ini Kehidupan Sebenar?
Bagaimana Tuhan penuhi hidup, penerimaan & tujuan dalam hidup
rakansiswa.com
PERINGATAN SEKALI LAGI: Iklan di atas adalah Propaganda Kristian!
|
|
| Ahad, 11 November 2007 |
| Tanggungjawab Makhluk Manusia Sebagai Hamba Allah |
Tanggungjawab Sebagai Hamba Allah
Sebagai hamba Allah, manusia berperanan mengesakan Allah. Menunaikan janji dan ikrar "Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah,melainkan Allah".Manusia perlu patuh segala suruhan dan larangan Allah.Manusia hanya boleh tunduk sujud kepada Allah.Dan tidak pada lainnya (menyekutukanNya)termasuklah harta kekayaan,pangkat dan keegoan lantaran kuasa dan darjat.
Sebagai hambaNya, manusia patut sentiasa tunduk malu kepada Allah kerana kewujudan manusia hanyalah setitik tanda di tengah lautan, tanpa ada bekas dan kesan. Namun dengan sifat alfa dan lali manusia, ditambah sikap sombong dan angkuh, manusia merasakan begitu besar berbanding alam dan seisinya,lalu dilakukan semahunya khazanah alam milik mutlak Maha Pencipta (Allah).Manusia tidak segan silu memusnahkan keindahan alam,memusnahkan keharmonian,membuat huru-hara dan kacau-bilau,melakukan peperangan semahunya...dan itulah sikap manusia yang hatinya hitam tanpa hidup tanpa pedoman.
Namun Allah dengan sifat ADILNYA, terus melimpahkan kurniaNya keseluruh alam tanpa mengira siapa pun manusia itu.Manusia baik,manusia jahat,manusia muslim,manusia kafir,manusia mukmin,manusia musrik, semuanya mendapat kurnia yang tidak terhingga. Itulah Adil bagi Allah yang hanya boleh difahami oleh jiwa yang tunduk sebagai hambaNya.
Mungkin ada hamba manusia yang mengeluh kerana hidup susah, tanpa harta dan wang ringgit.Tetapi itulah yang dikatakan tadi sebagai adilnya Allah.Kerana Allah lebih tahu hal keadaan setiap makhlukNya.Mungkin hamba yang hampa itu sebenarnya telah terselamat dari azab yang lebih dahsyat, misalnya; jika hamba itu dikurniakan dengan harta kekayaan, dia akan lupa peranannya sebagai hamba.Melakukan pelbagai maksiat hasil kekayaan yang diperolehinya.Jadi di sini hamba itu perlu terus bersyukur dan sujud tunduk kerana sekurang-kurangnya masih terus dapat menghirup udara segar yang merupakan kurnia Allah paling berharga di dunia ini.Apalah erti harta melimpah, tapi Allah mengkehendaki kita berhenti menghirup udara (mati)?
Lalu bagaimanakah harus kita sebagai manusia sepatutnya menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya ini?
Persoalan ini sememangnya sudah terjawab.Semua orang muslim tahu apa jawabnya.Seperti penulis perkatakan di atas tadi; kerjakan apa disuruh, tinggalkan apa dilarangNya.
Apa yang disuruh? Tentunya mengerjakan segala amal ibadah yang diajar oleh Nabi s.a.w .Tentunya meliputi 'Hablumminallah, Hablumminannas'.
Apa yang dilarang? Segala perbuatan maksiat dan segala kerosakan.Label: Hamba |
posted by Mufasir @ 6:26 PG  |
|
|
|
| Khamis, 8 November 2007 |
| Tanggungjawab Makhluk Manusia Sebagai Khalifah |
Tanggungjawab Makhluk Manusia Sebagai Khalifah
Khalifah bermaksudkan ketua atau pemimpin atau pentadbir.Yang bermakna sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini, manusia itu semestinya berperanan sebagai pemimpin dan pentadbir kepada kemakmuran sejagat, yang menjadi satu amanah yang terpikul sejak azali.Yang mana gunung-ganang dan segala makhluk Allah yang lainnya tidak menyanggupinya.
Memimpin dan mentadbir alam bermaksud menjaga,memelihara,mengekal,menambahbaikan,mengurus dengan teratur dan pelbagai maksud yang seumpamanya.
Peranan utama manusia sebagai khalifah ialah menegah yang mungkar.Apa sahaja kemungkaran, kecil atau besar mesti sedaya-upaya ditegah walau dengan selemah-lemah iman iaitu kalau tidak upaya dengan tangan,tegah dengan lidah, dan kalau itu pun tak mampu maka cegahlah dengan hati (selemah-lemah iman).
Semua manusia dikatakan sebagai pemimpin (khalifah). Sama ada kecil atau besar peranan kepimpinan bergantung kepada hairaiki sosial mereka.Tetapi kepertanggungjawaban itu tetap sama di sisi Allah.
Pemimpin negara mempunyai tanggungjawab lebih luas berbanding pemimpin negeri dan daerah atau mukim.Pemimpin organisasi bertanggungjawab atas organisasi yang dipimpin dan ahli dalam organisasinya.Seorang bapa bertanggungjawab atas seluruh ahli keluarganya.Setiap individu bertanggungjawab dan berperanan mentadbir dirinya ke arah kebaikan dan munafaat diri,keluarga,agama,bangsa,negara dan seluruh alam untuk kemakmuran sejagat.
Jika setiap individu masyarakat menyedari dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik,berkesan dan menurut apa yang sepatutnya, nescaya amanlah dunia ini.Label: Khalifah |
posted by Mufasir @ 2:24 PG  |
|
|
|
|
| Previous Post |
|
| Archives |
|
|
| Links |
|
| Salam Sejahtera |
|
|