| Waktu Malaysia |
| |
| Maksud Firman Allah s.w.t |
| "Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain." (Al An'am, 153) |
| Maksud An-Nisa':58 |
| "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." |
| Hadith Nabi s.a.w |
| Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang membanyakkan istighfar, Allah menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahan, dan kelapangan bagi setiap kesempitan. Allah menganugerahi rezeki kepadanya menerusi jalan atau cara yang tidak diperkirakan atau tidak terfikir sama sekali." |
| Waktu Solat Setempat |
| Tunaikan Solat Bila Masuk Waktunya |
|
|
|
| Peringatan Kepada Muslimin dan Muslimah |
| Satu Propaganda Kristian Telah Disebarluaskan Melalui Iklan Google menggunakan URL www.rakansiswa.com: Berikut antara iklannya ;
Bagaimana Harus Berdoa?
Apa doa yang Tuhan Jawab?Bagaimana
Supaya Dia Mendengar?
Rakansiswa.com
“Saya Benci Hidupku”
Rencana yang memberi anda jalan
Menjadi diri anda sebenar.
Rakansiswa.com
Ini Kehidupan Sebenar?
Bagaimana Tuhan penuhi hidup, penerimaan & tujuan dalam hidup
rakansiswa.com
PERINGATAN SEKALI LAGI: Iklan di atas adalah Propaganda Kristian!
|
|
| Ahad, 30 Disember 2007 |
| Perbezaan antara manusia,syaitan,jin dan malaikat. |
Perbezaan antara manusia,syaitan,jin dan malaikat.
Manusia:
- Manusia diciptakan dari tanah (atturab) iaitu menurut keasliannya, yakni Nabi Adam as.
- Manusia ada golongan yang taat dan ada pula yang derhaka terhadap Allah SWT, sehingga ada yang masuk syurga dan ada pula yang masuk neraka.
- Manusia ada yang lelaki dan ada pula yang perempuan.Dengan keadaan ini jumlah manusia dapat bertambah-tambah melalui perhubungan perkahwinan.
- Manusia adalah makhluk yang perlukan makanan, minuman dan tempat tinggal.
- Manusia dapat mati sebelum datangnya hari kiamat, sehingga jumlah boleh berkurangan akibat kematian tersebut.
- Manusia mempunyai tubuh badan yang kasar; boleh dilihat dan dipegang ( dirasa dengan pancaindera).
Hakikat Syaitan: - Syaitan diciptakan daripada api (nahar).
- Semuanya derhaka kepada Allah SWT, oleh sebab itu seluruh kaum kerabat syaitan akan dimasukkakn ke dalam neraka jahanam.
- Ada yang lelaki dan ada yang perempuan sehingga jumlahnya bertambah-tambah.
- Suka terhadap makanan dan minuman, tetapi jikalau tidak makan dan tidak minum juga tidak mempengaruhi apa-apa; ertinya ia tetap akan hidup.
- Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat, ertinya jumlah syaitan tidak akan berkurangan.
- Syaitan bertubuh halus, tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Hakikat Jin: - Jin juga dicipta daripada api (nahar).
- Jin ada yang taat dan ada yang derhaka kepada Allah SWT, jadi ada yang masuk syurga dan ada yang masuk nereka.
- Jin juga terdiri daripada lelaki dan perempuan, sehingga jumlah mereka boleh bertambah-tambah.
- Jin juga memerlukan makanan dan minuman.
- Dapat mati sebelum kedatangan hari kiamat dan dengan demikian jumlah mereka boleh berkurangan.
- Jin tergolong makhluk bertubuh halus, ertinya tiada dapat dilihat dengan mata kasar.
Hakikat Malaikat: - Malaikat diciptakan daripada cahaya (annur).
- Malaikat tergolong makhluk semuanya taat dan berbakti kepada Allah SWT.
- Tidak lelaki dan tidak pula perempuan, maka jumlahnya tidak dapat bertambah-tambah.
- Tidak memerlukan makanan dan minuman.
- Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat, maka jumlahnya tidak akan berkurangan.
- Malaikat sejenis makhluk Allah yang bertubuh halus.
- Malaikat mempunyai tugas dan tanggung jawab berbeza-beza.
Label: Hakikat Makhluk Allah |
posted by Mufasir @ 5:01 PG  |
|
|
|
| Sabtu, 29 Disember 2007 |
| Muhasabah Diri |
Pada usia melewati 40an ini rasanya sudah sampai ke satu titik tolak untuk menghisab dan memuhasabah diri, sejauh mana perginya diri ini dalam tempoh usia yang telah dipinjamkan itu?
Adakah ... Sudah selamat? Sudah berada dizon selesa? Sudah kecukupan?
Bagaimana... Dengan amal? Dengan dosa/pahala? Dengan janji dan amanah? Dengan tanggungjawab yang dipikul?
...ah
Dengan dunia? Dengan ...kematian?
Sudahkah... Bersedia? Cukup bekalan? Bertambahkah iman di dada?
Ataukah... Sama sahaja? Makin menurun? Tidak bertambah?
Lalu... Bersediakah...? Atau terus leka?
Jadi... Apa tindakan? Apa keazaman? Apa tujuan sebenar?
Yang pasti... Kematian pasti tiba. Kematian semakin hampir. Kematian satu janji pasti. Kematian hanya sekali. Dan peluang hidup di dunia juga hanya sekali. Tiada gear gostan. Tiada ulangan.
Dan...sedarlah bahawa; Dunia tempat berusaha. Akhirat dan kematian hanya tempat pembalasan. Maka semestinya di dunia sementara ada kesempatan inilah tempat bercucuk tanam segala amalan.
Ramai orang yang tidak takut mati. Tetapi sebenarnya "sebuah Kematian" amat menakutkan...
Muhasabah DiriLabel: Muhasabah Diri |
posted by Mufasir @ 5:08 PG  |
|
|
|
|
| Usia Meningkat tua: Masa tenang atau makin sibuk? |
Usia Meningkat tua: Masa tenang atau makin sibuk?
Kalau dihisab-hisab semakin tua usia ini semakin sibuk perjalanan hidup. Tidak ada sudahnya urusan dunia.
Selain terpenjara terus... Terpenjara dalam 'Penjara Maya' Tiada jeriji besi Tiada tembok batu.
Namun penjara ini Lebih kukuh Lebih kuat mencengkam Tiada kezaliman, yang ada hanya peraturan.
Penjara ini Belum bisa aku melepas diri Bukan tak mahu Tapi belum mampu.
Penjara ini Membelenggu Dunia luas terbentang Belum tentu menjanji kesejahteraan.
Puas dicuba, Makin dicuba terasa Semakin jauhnya pengharapan Makin kabur peluang kejayaan.
Penjara ini Terus membelenggu Penjara ini Penjara Majikan,Makan Gaji...
Penjara makan gaji semakin lama bukan semakin selesa. Semakin lama semakin menghimpit.Beban digalas hanya untuk memuas harapan orang lain. Semakin dibuat semakin banyak tanggungan.Semakin besar pangkat dan gaji, semakin berat tanggungjawab dan amanahnya.
Semakin tua usia makan gaji,semakin sibuk kerja dibuat. Semakin tua usia dalam makan gaji,semakin banyak masa terpaksa dihabis memenuhi tanggungjawab dan hajat orang lain.
Dan...sempatkah? Dan...adakah? Masa berkualiti untuk diri mengabdi pada Ilahi.Label: Usia Meningkat tua |
posted by Mufasir @ 5:06 PG  |
|
|
|
|
| Beberapa Perkara Penyebab Kesusahan Dan Kemelaratan |
Beberapa Perkara Penyebab Kesusahan Dan Kemelaratan
Ada beberapa perkara yang menyebabkan kesusahan dan kemelaratan sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al-Barakah Fii Fadl Lis-Sayi Wal-Harokah oleh Abu Addillah Muhammad Bin Abdulrrahman Al-Habsyi.
1. Membakar kulit bawang merah atau bawang putih.
2. Tidur meniarap.
3. Menyapu rumah waktu malam. 4. Tidak membersihkan rumah.
5. Menyapu dengan kain.
6. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
7. Membasuh tangan pada bekas tempat makan.
8. Duduk di atas tangga.
9. Bersandar pada salah satu daun pintu.
10. Berwudhuk pada tempat buang air.*
11. Menjahit baju yang sedang dipakai.
12. Mengeringkan muka dengan baju.
13. Berdiri sambil bercekak pinggang.
14. Tidur tanpa pakaian.
15. Makan dalam keadaan junub.
16. Cepat-cepat keluar masjid selepas solat subuh.
17. Pagi buta pergi ke pasar; dan
18. Pulang terlewat dari pasar.
19. Mendoakan yang tidak baik bagi orang tua, anak atau pemimpin.
20. Tidak suka menutup bekas.
21. Memadamkan pelita (lampu) dengan nafas.
22. Membuang kutu dalam keadaan hidup.
23. Mencuci kaki dengan tangan kanan.
24. Kencing pada air yang bertakung.
25. Memakai seluar sambil berdiri.
26. Memakai serban sambil berdiri.
27. Mandi junub di tempat kencing atau najis.
28. Makan dangen dua jari.
29. Berjalan di antara kambing.
30. Berjalan di antara dua perempuan.
31. Berbekam pada hari ketujuh belas.
32. Terlalu banyak mempermainkan janggut.
33. Menghubungkan jejari tangan di sekeliling lutut.
34. Meletakkan telapak tangan di hidung.
35. Memotong kuku dengan gigi.
36. Membuka aurat di muka matahari atau bulan.
37. Buang air besar atau kecil dengan menghadap kiblat.
38. Menguap di waktu solat.
39. Berludah dalam jamban atau dalam abu (bakaran).
40. Meletakkan tangan di atas pipi ketika duduk atau bertongkat dagu.
41. Dan yang paling besar dari sekelian sebab di atas ialah...MEREMEHKAN SOLAT.
Itulah antara beberapa perkara penyebeb kesusahan dan kemelaratan.Semoga kita dapat hendaknya berusaha menjauhi semoga hidup lebih keberkatan.Label: Sebab Kemelaratan |
posted by Mufasir @ 4:15 PG  |
|
|
|
| Selasa, 4 Disember 2007 |
| Istighfar dan Taubat |
Istighfar (memohon ampun) dan Bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihi.
Istighfat dan Taubat seharusnya dilakukan bukan sahaja pada waktu-waktu tertentu, seperti bila menyedari diri telah melakukan kesilapan atau melakukan dosa sahaja.Tetapi adalah sebaik-baiknya dilakukan setiap masa dan waktu, supaya dengan itu diri sentiasa diperingat tentang kelakuan yang boleh menjurus kepada perlakuan silap dan dosa semoga dapat hendaknya dijauhi.
Hakikat Istighfar dan Taubat
Sebahagian besar diri manusia menyangka bahawa istighfar dan taubat hanyalah cukup dengan lisan semata-mata.Sebahagian mereka hanya mengucapkan "Astaqfirullah ha watubuilaihi" ( Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya)
Tetapi kalimah-kalimah itu tidak dapat mempengaruhi hati,dan tidak juga menambat dalam perbuatan anggota badan.Sesungguhnya istighfar dan taubat jenis ini adalah perbuatan orang-orang yang berdusta (bohong dan berpura-pura).
Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani menerangkan hakikat istighfar dan taubat itu sebagai:"Dalam istilah syara',taubat ialah meninggalkan dosa kerana keburukannya,menyesal dosa yang telah dilakukan,berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha menjauhinya.Jika keempat-empat hal itu telah dipenuhi bererti syarat taubatnya telah sempurna."(Al-Mufradat fi Gharibil Quran,dari asal kata "taubat"hal.76)
Imam An-Nawawi dengan hujahnya menjelaskan: Para ulama' berkata:Bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib.Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah,yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia maka syaratnya ada tiga:
1. Hendaknya ia menjauhi maksiat tersebut. 2. Ia harus menyesali segala perbuatan maksiatnya. 3. Ia harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi.
Sekiranya salah satu daripada syarat di atas tertinggal,maka taubatnya tidak sah.Jika taubat itu berkaitan dengan hak manusia maka syaratnya ada empat,iaitu ketiga-tiga syarat di atas dan keempatnya,hendaklah ia membebaskan diri hak orang tersebut (kemaafan dari orang yang berkaitan).
Jika ianya berbentuk harta benda atau sejenisnya, maka ia harus mengembalikannya.Jika ianya berupa had (hukuman) tuduhan atau sejenisnya maka ia harus memberikannya kesempatan untuk membalasnya atau meminta kemaafan daripadanya.Jika ianya berupa ghibah (mengumpat),maka ia harus meminta maaf.(Riyadhush Shalihin,hal.41-42)
Adapun istighfar,sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani adalah: "Meminta ampun dengan ucapan dan perbuatan."
Firman Allah s.w.t dalam Surah Nuh:ayat 10, bermaksud "...pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun."
Tidaklah bererti bahawa mereka diperintahkan meminta ampun hanya dengan lisan semata-mata,tetapi dengan lisan dan perbuatan.Bahkan hingga dikatakan,memohon ampun (istighfar)hanya dengan lisan sahaja tanpa disertai perbuatan adalah pekerjaan para pendusta.(Al-Mufradat fi Gharibil Quran,hal.362.)
Dipetik dari: Buku "Kunci-kunci Rezeki Menurut Al-Quran dan As-Sunnah",Dr.Fadhl Ilahi,Pustaka Al Shafa.Label: Istighfar dan Taubat |
posted by Mufasir @ 4:37 PG  |
|
|
|
|
| Previous Post |
|
| Archives |
|
|
| Links |
|
| Salam Sejahtera |
|
|